No. of Weekend Cup
02914
30/09/2015
Weekend Cup Loyalty Program - Sertai lebih, Menangi lebih!



Weekend Cup Loyalty Program


Dengan lebih 200 Weekend Cup, aktiviti hujung minggu kegemaran kami telah menerima beberapa peningkatan. Ia bermula dengan koleksi poster, kemudian koleksi rantai kunci senjata Champions.


Kini, untuk menunjukkan penghargaan kami di atas sokongan berterusan dari komuniti LoL dan bagaimana kami menghargai kesetiaan pemain-pemain yang datang ke Weekend Cup kami dengan kerap, kami akan memperkenalkan ‘Weekend Cup Loyalty Program’ dengan memberi ganjaran kepada ‘Team Ignition’ kerana menjadi pasukan Weekend Cup yang paling setia dengan kadar penyertaan yang tertinggi.



Apakah ‘Weekend Cup Loyalty Program’?


Bermula pada 2 Oktober 2015, ‘Program Loyalty Weekend Cup’ akan memulakan semula pengiraan kehadiran kesemua pasukan Weekend Cup. Ini bermakna semua pasukan akan bermula dengan 0 Tahap Loyalty Weekend Cup. Tujuan program ini adalah untuk memberi ganjaran kepada pasukan yang setia  dan memberi motivasi kepada ahli-ahli pasukan untuk setia pada sesama mereka.


MAKLUMAT PENTING:


Program Kesetiaan ini berfungsi sebagai sistem penanda aras di mana pemain-pemain menerima ganjaran untuk mencapai tanda aras, sama seperti sistem “The Apogee”. Semakin banyak Weekend Cup yang disertai pasukan anda, semakin banyak ganjaran yang akan diterima pasukan anda.


·         Pasukan akan mengumpul Tahap Loyalty dengan MENGHADIRI Weekend Cup DAN mengisi BORANG ini.

·         Setiap kehadiran pasukan dikira sebagai 1 Tahap Loyalty.

·         Setiap penanda aras yang dicapai pasukan anda akan memberi ganjaran yang lebih baik bagi pasukan anda.

·         Tahap Loyalty pasukan hanya akan terkumpul jika ahli-ahli pasukan kekal sama. Penukaran mana-mana ahli pasukan akan menyebabkan Tahap Loyalty pasukan anda kembali ke 0 Tahap Loyalty (walaupun dengan penukaran 1 ahli pasukan).


Apakah ganjaran penanda aras?


Lebih banyak Tahap Loyalty yang pasukan anda kumpul, lebih banyak ganjaran yang akan perolehi:

·         4 Tahap Loyalty = 5 X Role wristband

·         8 Tahap Loyalty = 5 X Topi Teemo

·         12 Tahap Loyalty = 5 set X Rantai kunci  (5 reka bentuk)

·         15 Tahap Loyalty = 5 X Role T-shirt


Jadi apa lagi yang anda tunggu Summoners? Pergi ke Weekend Cup berdekatan anda dan mula tingkatkan tahap loyalty pasukan anda! Jangan lupa untuk mengisi borang ini selepas acara tersebut untuk mendaftar kehadiran anda!


*Lawati ini untuk menyemak jika Tahap Loyalty anda sudah berdaftar.