No. of Weekend Cup
02914
22/07/2016
Perubahan Hadiah Weekend Cup

Hai para summoner! Kami akan melaksanakan beberapa perubahan dalam misi kami mempertingkatkan arena eSukan dan komuniti League di Malaysia. Pada 29 Julai (29/7/2016) ganjaran tempat pertama akan dikurangkan daripada 500GS setiap pemain kepada 300GS setiap pemain dan ganjaran tempat kedua akan dikurangkan daripada 300GS setiap pemain kepada 200 GS setiap pemain. Struktur ganjaran yang baru adalah seperti yang berikut:


  • Tempat pertama: RM100 + 5 x 300GS + Cenderahati

  • Tempat kedua: 5 x 200GS

  • Tempat ketiga: 5 x 100 GS


Kami mulakan tahun 2016 dengan megah, ramai daripada anda yang telah menyokong dan berseronok dalam Weekend Cup,  melihat tambahan ekstra yang kami tambahkan ke dalam Weekend Cup. Banyak ganjaran ini diperkenalkan kerana maklum balas yang kami perolehi, adalah mengharapkan untuk menerima lebih cenderahati. Daripada Loyalty Program, Yasuo figurinedan banyak lagi. Maklum balas dan cadangan yang diberikan meyakinkan kami, bahawa sudah tiba masanya untuk kami melakukan perubahan ke atas ganjaran asas untuk bersesuaian dengan tier kejohanan Weekend Cup.


Weekend Cup telah membantu menarik minat dan meningkatkan bilangan pasukan baru dengan ganjaran yang menyeronokkan seperti cenderahati dan cabutan bertuah gear gaming. Beberapa pasukan menunjukkan prestasi yang semakin meningkat dalam Weekend Cup, menjadi pasukan yang mula mencapai ganjaran tier lebih tinggi seperti hadiah wang tunai yang besar daripada TLC. Disebabkan oleh itu, eSukan tempatan kita telah menerima ramai muka baru. Walau bagaimanapun, maklum balas anda telah menjelaskan bahawa beberapa pasukan masih lagi memerlukan masa untuk berkembang sebelum mereka memasuki TLC, oleh itu, ada segelintir yang masih lagi kekal di tier kejohanan permulaan (Weekend Cup) dan meneruskannya untuk mengumpul ganjaran.


Ganjaran Weekend Cup bukannya untuk menarik minat pasukan biasa untuk memenuhkan stok kad GS mereka, tetapi untuk mendapatkan pemain baru untuk merasai semangat pertandingan di tier yang lebih rendah, yang mungkin boleh melahirkan pemain pro baru yang berpotensi. Oleh itu, kami memahami yang kita memerlukan kejohanan tier sederhana untuk menyokong komuniti yang semakin berkembang ini. Selari dengan pengubahsuaian ganjaran untuk Weekend Cup, kami juga akan;


  • Mendapatkan cenderahati yang lebih berkualiti seperti Yasuo figurine untuk pasukan permulaan kami.

  • Meningkatkan bilangan jenis acara yang dianjurkan di setiap negeri,  bukan sahaja Weekend Cup.

  • Dan banyak lagi aktiviti komuniti yang sedang dalam perancangan.


Kami dengan ikhlas mengambil berat untuk mempertingkatkan kualiti kemahiran dan permainan dalam ekosistem eSukan, dan kami merasakan kami boleh melakukan dengan lebih baik dengan pasukan tier sederhana kami, yang baru sahaja memulakan kisah e-Sukan mereka. Untuk para summoner ini, kami akan merancang satu lagi pertandingan tier, yang akan datang kepada anda nanti!


Berikut adalah beberapa kejohanan terbaru yang akan datang. Sertailah Facebook group negeri anda untuk memastikan anda terus mendapat maklumat terkini dan bertemu dengan summoner lain, untuk membina pasukan anda (jika anda tidak mempunyai satu).

Arena eSukan negara kita semakin berkembang, kami akan meneruskan perubahan dan selalu menyesuaikan diri jika perlu. Terima kasih di atas sokongan dan maklum balas anda, jumpa anda di acara-acara yang akan datang.


<Laman Utama>