No. of Weekend Cup
02914
12/01/2016
Kejohanan Weekend Cup Pro [BETA]




Juara Weekend Cup? Kenapa berhenti di sana! Jadilah Juara Weekend Cup Pro! Setiap dua bulan, para pasukan akan membuktikan siapa yang akan menjadi pasukan terbaik negeri.


Catatan: Weekend Cup Pro masih lagi dalam fasa BETA dan akan berubah pada masa hadapan.




Apakah Weekend Cup Pro?


Ia merupakan kejohanan dalam negeri di mana para pasukan dengan kemenangan paling banyak di daerah mereka akan terpilih untuk mewakili daerah mereka. Setiap wakil daerah akan bertarung antara satu sama lain untuk dinobatkan menjadi juara Weekend Cup Pro (WCP) di negeri mereka. Pemenang Weekend Cup Pro akan diberikan ganjaran dan dinobatkan menjadi pasukan teratas dalam musim itu.  




Di manakah Weekend Cup Pro?


Untuk waktu ini, Weekend Cup Pro (WCP) akan diadakan di;

  • KL/Selangor

  • Penang

  • Perak

  • Johor

  • Pahang

  • Terengganu

  • Negeri Sembilan

  • Kelantan

  • Negeri lain tunggu! Kami akan ke sana.

 



Bagaimana untuk saya menyertai?


Dapatkan tempat pertama paling banyak dalam dalam Weekend Cup di daerah anda! Hanya pasukan dengan kemenangan Weekend Cup yang paling banyak di daerah mereka akan diundang untuk menyertai kejohanan Weekend Cup Pro. Jika pasukan anda ingin menjadi sebahagian daripada kejohanan WCP di negeri anda, anda perlu memenangi kebanyakan Weekend Cup di daerah anda. 


- Pasukan dalam kemenangan terbanyak dalam Weekend Cup di daerah mereka layak untuk menyertai WCP. 


- Pasukan yang Layak untuk WCP boleh terus untuk menyertai Weekend Cup.




Apakah ganjarannya?


- Tempat pertama: RM1000 + Trofi + WCP Champion Kemeja Polo x 5


- Tempat kedua: RM500


- Tempat ketiga: RM300




Klik di sini untuk mencari daerah anda